.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Monday, September 23, 2013

Saya juga peminat tegar teh...yang ori

           
20 Sep - Teh merupakan salah satu minuman yang paling popular di dunia selain air. Ia juga kaya dengan maanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Di sini, kami senaraikan jenis-jenis teh yang mempunyai kebaikannya masing-masing.

Teh Hitam

 Teh hitam mempunyai rasa yang sedikit pahit dan mengandungi kafein yang paling kira-kira 40 miligram per cawan. Mengikut pakar, ia mempunyai kepekatan tinggi antioksidan yang dikenali sebagai 'theaflavins' dan 'thearubigins', yang mana sangat berguna untuk merendahkan kolesterol. Selain itu, penyelidikan telah menunjukkan bahawa orang yang minum tiga atau lebih cawan teh hitam setiap hari boleh mengurangkan risiko strok sebanyak 21 peratus.

Teh Hijau

 Teh hijau mempunyai rasa yang lebih halus daripada hitam serta mengandungi kira-kira 25 milligram kafein secawan. Antara kebaikan teh hijau adalah ia penuh dengan antioksidan dipanggil 'catechins', satu kumpulan kecil yang dikenali sebagai EGCG yang boleh mencegah penyakit daripada kanser hinggalah penyakit. Satu kajian juga telah dijalankan dan pakar mendapati bahawa setiap cawan teh hijau yang diminum secara harian boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 10 peratus.

Teh Oolong

 Oolong sama dengan teh hitam, tetapi ia diperam dalam masa yang singkat yang mana memberikan lebih rasa. Ia juga mengandungi kira-kira 30 milligram kafein secawan. Mengikut pakar, ia boleh membantu dalam penurunan berat badan. Ini kerana teh oolong mengaktifkan enzim yang bertanggungjawab untuk menyingkirkan 'trigliserida', satu bentuk lemak yang disimpan di dalam sel-sel lemak. Satu kajian menunjukkan bahawa pembakaran kalori bagi wanita yang minum teh oolong adalah lebih sedikit dalam tempoh dua jam berbanding dengan mereka yang minum hanya air.

Teh Putih

 Bagi teh putih, daun teh hanya dipilih ketika mereka sangat muda. Jadi teh putih mempunyai rasa yang lebih lembut daripada jenis teh yang lain serta mengandungi kurang kafein, cuma 15 miligram per cawan. Teh putih mempunyai manfaat yang sama seperti jenis teh yang lain dan ia juga berguna untuk latihan kardiovaskular dan pencegahan kanser. Tambahan lagi, beberapa kajian menunjukkan bahawa teh putih sangat berkesan kepada orang-orang dengan diabetes.

Teh berperisa

 Untuk jenis ini, tambahan aromatik seperti kayu manis, kulit buah oren dan lavender telah dicampurkan bersama daun teh hitam, daun teh hijau atau daun teh putih. Sebenarnya, teh berperisa mempunyai tahap antioksidan dan faedah kesihatan yang sama seperti teh jenis biasa. Namun begitu, teh yang mempunyai perisa buah-buahan seperti beri biru atau strawberi mungkin mengandungi lebih antioksidan.

Teh Herba

 Secara teknikalnya, teh herba bukanlah teh sebenarnya. Ia terdiri daripada beberapa gabungan buah-buahan kering , bunga dan herba serta tidak mengandungi kafein. Walau bagaimanapun, elakkan daripada minum teh herba untuk kurangkan berat badan kerana ia mungkin mengandungi julap yang berbahaya.

Kajian mendapati bahawa minum tiga cawan teh herba setiap hari raya boleh membantu untuk orang dengan tekanan darah tinggi. Selain itu, teh 'chamomile' membantu untuk dapatkan tidur yang nyenyak manakala teh pudina boleh menenangkan perut yang meragam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh