.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Friday, October 26, 2012

Status Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra



Laporan   Ketua Audit Negara,  Tan Sri Ambrin  Buang  dalam  laporan  terbaru,  turut menyentuh mengenai  projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra di Kota Bharu, Kelantan lambat siap ekoran banyak kelemahan wujud semasa proses pembinaannya walaupun sudah dimulakan lebih lima tahun lalu!

Antara kelemahan itu termasuklah pelantikan kontraktor yang tidak berpengalaman, serta masalah reka bentuk sistem cerucuk yang mengambil masa sehingga dua tahun untuk diselesaikan.

Selain itu, kelewatan membina jambatan sementara menyebabkan kerja-kerja dalam sungai tidak dapat dijalankan mengikut jadual

Faktor faktor itu telah menjadi antara punca kelewatan penyiapan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan walaupun empat Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa selama 891 hari iaitu sehingga 30 Ogos 2012 diluluskan.

Kegagalan menyiapkan kerja dalam tempoh yang telah ditetapkan juga menyebabkan kenaikan kos projek kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta.

Peningkatan nilai kontrak ini juga menurut laporan itu, mengambil kira Arahan Perubahan Kerja berjumlah RM20.61 juta yang masih belum diluluskan.

Projek Pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan dimulakan 18 Jun 2007.

Agensi pelaksana bagi projek ini ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. - RIS Capital Sdn. Bhd. telah dilantik secara rundingan terus untuk melaksanakan projek ini.

Ia sepatutnya dijadual siap Disember 2009 tetapi gagal dan diserahkan hak kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd pada Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan.

Sebelum ini Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makthar Mustapha dilaporkan berkata, jambatan itu dijangka boleh digunakan sambutan Tahun Baru Cina tahun depan.

Buat permulaan jambatan baru itu hanya membenarkan kenderaan melalui satu daripada empat lorongnya iaitu bagi laluan Kota Bharu ke Pasir Pekan.

Menurutnya, laluan kedua-dua jalan dijangka boleh digunakan sepenuhnya Julai tahun depan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh